Ulum Ihsanoleh Tech Kampung

Untuk anak-anak yang tinggal di blok sewa HDB di Singapura

Semua pelajaran

Tahap 5 · Sirah · 2

Golongan munafik

Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.

Golongan munafik ialah satu golongan yang memeluk Islam pada zahirnya sahaja. Mereka tidak pernah beriman dengan Islam. Mereka memeluk Islam hanya untuk kepentingan dunia.

Ketua mereka ialah Abdullah bin Ubai Salul. Mereka tidak takut kepada Allah dan tidak setia kepada Nabi Muhammad s.a.w. Mereka sering menimbulkan kekacauan dan gangguan dalam masyarakat Islam. Namun begitu, Nabi Muhammad s.a.w. tetap melayan mereka dengan baik walaupun mereka musuh Islam.

Itulah contoh kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w. Jangan sekali-kali biarkan musuh memburuk-burukkan Islam kerana umat Islam bergaduh sesama sendiri.

Daripada: Asas Agama Islam: Akhlak & Sirah 5 · Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri