Ulum Ihsanoleh Tech Kampung

Untuk anak-anak yang tinggal di blok sewa HDB di Singapura

Semua pelajaran

Tahap 5 · Sirah · 1

Nabi Muhammad s.a.w. dan usaha awal baginda di Madinah

Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.

Selepas Nabi Muhammad s.a.w. tiba di Madinah, baginda menyusun rancangan untuk penduduk Madinah. Antara rancangan baginda ialah:

  • Membina sebuah masjid di tengah-tengah kota Madinah. Masjid itu dinamakan Masjid An-Nabawi.
  • Mengeratkan hubungan antara golongan Muhajirin yang datang dari Mekah dengan golongan Ansar, penduduk Madinah. Mereka menjadi sangat rapat dan bersatu sebagai masyarakat Islam yang kuat.
  • Mengadakan perjanjian damai dengan kaum Yahudi yang telah berpindah ke Madinah.
Daripada: Asas Agama Islam: Akhlak & Sirah 5 · Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri