Tahap 6 · Sirah · 13
Haji Wida’ dan Kewafatan Rasulullah s.a.w.
Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.
Pada tahun kesepuluh Hijrah, Nabi Muhammad s.a.w. berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji. Baginda ditemani oleh ramai orang Islam.
Haji ini dinamakan “Hajjatul Wida” yang bermaksud Haji Perpisahan. Ini kerana Nabi Muhammad s.a.w. telah menyampaikan khutbah terakhirnya kepada 100,000 orang Islam.
Dalam khutbahnya, Nabi Muhammad s.a.w. menasihati orang Islam supaya bersatu padu dan tidak menimbulkan perpecahan sesama manusia. Orang Islam dilarang membunuh, merampas harta atau menghina dan memalukan saudara-mara. Orang Islam juga dinasihatkan supaya sentiasa berpegang kepada Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Dalam tempoh ini juga, ayat hukum yang terakhir dalam Al-Quran diturunkan, iaitu ayat ketiga Surah Al-Maidah:
Maksudnya: Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan telah Aku redai Islam itu menjadi agama kamu.
Setelah selesai menunaikan haji, Nabi Muhammad s.a.w. pulang ke Madinah. Pada akhir bulan Safar tahun kesebelas Hijrah, baginda mula jatuh sakit.
Pada hari Isnin, 13 Rabiulawal tahun yang sama, Nabi Muhammad s.a.w. wafat. Baginda berumur 63 tahun.
Jenazah baginda dimakamkan di Masjid Nabawi.