Tahap 6 · Sirah · 8
Perang Khaibar
Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.
Khaibar ialah sebuah kawasan berhampiran Madinah tempat tinggal orang Yahudi. Di Khaibar terdapat banyak kubu untuk mengawal kawasan itu kerana di situ terdapat ladang-ladang kurma milik mereka.
Orang Yahudi telah turut serta dalam Perang Khandak sebelum itu untuk menentang orang Islam. Mereka juga menyerang orang Islam yang telah mengusir Yahudi Bani Quraizah. Nabi Muhammad s.a.w. bertekad untuk mengalahkan musuh.
Baginda telah menyiapkan tentera seramai enam ribu orang dan mereka menembusi kubu-kubu itu. Orang Yahudi dikepung selama enam hari. Pada hari ketujuh, kubu-kubu mereka juga berjaya ditembusi dan mereka mengaku kalah. Mereka dibenarkan meninggalkan Madinah dengan hanya membawa barang-barang yang dapat dimuatkan ke atas unta mereka.
Dengan jatuhnya Khaibar ke tangan orang Islam, beberapa kawasan lain juga turut dikuasai termasuk Wadi Al-Qura dan Fadak Taimo’a. Kawasan-kawasan ini juga tertakluk kepada perjanjian damai dan dikenakan bayaran jizyah atau cukai kepada gabenor Islam.
Peristiwa ini berlaku pada tahun ketujuh Hijrah. Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam dapat mengqada umrah mereka yang telah dihalang pada tahun sebelumnya seperti yang dinyatakan dalam Perjanjian Hudaibiah.
Pada tahun ini juga, beberapa pemimpin Quraisy telah memeluk Islam. Mereka ialah Khalid bin Al-Walid, Amru bin Al-As dan Osman bin Abu Talhah.