Ulum Ihsanoleh Tech Kampung

Untuk anak-anak yang tinggal di blok sewa HDB di Singapura

Semua pelajaran

Tahap 6 · Sirah · 2

Nabi Muhammad s.a.w. di Madinah

Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.

Dalam perjalanan ke Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. singgah di sebuah tempat bernama Quba.

Di situ baginda membina sebuah masjid yang dinamakan “Masjid Quba” dan Nabi Muhammad s.a.w. menunaikan solat Jumaat yang pertama di perkampungan Bani Salim bin Auf.

Setibanya di Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. membina sebuah lagi masjid di tengah-tengah kota Madinah yang dinamakan “Masjid Nabawi”.

Pada tahun kedua Hijrah, beberapa peristiwa penting telah berlaku:

  • Perang Badar Al-Kubra
  • Perintah Allah supaya menukar kiblat dari Masjidil Aqsa ke Masjidil Haram.
  • Perintah Allah supaya berpuasa pada bulan Ramadan
  • Perintah Allah supaya mengeluarkan zakat dan fitrah.
  • Perintah Allah supaya menunaikan solat Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.

Pada tahun ketiga Hijrah:

  • Perang Uhud
  • Peperangan Bani An-Nadir antara orang Yahudi dengan orang Islam Madinah.

Pada tahun kelima Hijrah:

  • Perang Ahzab atau juga dikenali sebagai Perang Khandak
  • Peperangan menentang Yahudi Bani Quraizah.
  • Perintah Allah tentang anak angkat
  • Perintah Allah yang melarang wanita mendedahkan aurat dan bergaul bebas dengan lelaki.
  • Perintah Allah supaya menunaikan haji.
Daripada: Asas Agama Islam: Akhlak & Sirah 6 · Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri