Tahap 6 · Akhlak · 13
Sifat-sifat Orang yang Beriman dan Berjaya
Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.
Maksudnya: Alif Lam Mim. Hanya Allah yang mengetahui maksudnya. Kitab (Al-Quran) ini tiada keraguan padanya. Ia menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara yang ghaib, mendirikan solat dan membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka (zakat). Dan orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan apa yang diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan hari akhirat. Merekalah yang mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.