Ulum Ihsanoleh Tech Kampung

Untuk anak-anak yang tinggal di blok sewa HDB di Singapura

Semua pelajaran

Tahap 6 · Akhlak · 8

Sifat Berani

Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.

Berani ialah sifat yang mulia. Islam menggalakkan orang Islam supaya berani menegakkan kebenaran. Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang berani menegakkan kebenaran.

Baginda sentiasa memohon kepada Allah supaya dijauhkan daripada sifat pengecut.

Para sahabat Nabi juga berani menegakkan kebenaran. Mereka berjuang bersama-sama Nabi Muhammad s.a.w. Mereka menghadapi segala cabaran dengan berani dan sabar.

Orang yang pengecut tidak akan maju dan tidak akan memperoleh apa-apa.

Daripada: Asas Agama Islam: Akhlak & Sirah 6 · Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri