Ulum Ihsanoleh Tech Kampung

Untuk anak-anak yang tinggal di blok sewa HDB di Singapura

Semua pelajaran

Tahap 6 · Akhlak · 1

Menghormati Ibu Bapa Kita

Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.

Ibu bapa ialah orang yang paling rapat dengan kita. Mereka telah banyak berkorban dan menjaga kita. Kerana merekalah kita berada di dunia ini.

Ibu kitalah yang mengandungkan kita selama sembilan bulan dan melahirkan kita. Bapa kita pula telah bekerja keras untuk menyediakan segala keperluan kita.

Kita mesti menghormati ibu bapa dan taat kepada mereka. Kita mesti sentiasa membantu dan berbuat baik kepada mereka.

Apabila berada di rumah, kita mesti sentiasa berkelakuan baik dan tidak membuat bising atau bergaduh.

Apabila berada di luar rumah, kita mesti sentiasa mengingati nasihat mereka. Apabila hendak keluar rumah, kita hendaklah sentiasa mencium tangan mereka dan memberitahu ke mana kita hendak pergi.

Kita tidak boleh memarahi mereka atau meninggikan suara. Kita hendaklah sentiasa bersyukur dan menunjukkan penghargaan dengan mengucapkan terima kasih apabila mereka memberi kita sesuatu.

Kita mesti berdoa dan memohon kepada Allah supaya mengampunkan dosa mereka dan memberkati mereka.

Sesiapa yang menghormati ibu bapanya akan dihormati pula oleh anak-anaknya kelak.

Daripada: Asas Agama Islam: Akhlak & Sirah 6 · Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri