Tahap 5 · Tauhid · 1
Beriman kepada Rasul
Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.
Kita percaya bahawa Allah s.w.t. telah memilih beberapa orang lelaki untuk menjadi Nabi dan Rasul.
Nabi ialah mereka yang menerima wahyu daripada Allah melalui Malaikat Jibril.
Manakala Rasul pula ialah nabi yang diperintahkan untuk menyampaikan wahyu Allah kepada seluruh umat manusia. Allah telah memilih lelaki-lelaki yang mulia dan soleh untuk menjadi Rasul dan Nabi-Nya.
Ada empat sifat mulia bagi Rasul-rasul Allah:
- Siddiq yang bermaksud benar
- Amanah yang bermaksud jujur dan tidak melakukan dosa
- Tabligh yang bermaksud menyampaikan semua wahyu Allah
- Fatanah yang bermaksud bijaksana
Terdapat ramai Nabi dan Rasul Allah. Al-Quran menyebut dua puluh lima nama:
Adam; Idris; Nuh; Hud; Saleh; Ibrahim; Lut; Ismail; Ishak; Yaakub; Yunus; Ayub; Syuaib; Musa; Harun; Zulkifli; Daud; Sulaiman; Ilyas; Ilyasa’; Yusuf; Zakaria; Yahya; Isa; dan Muhammad s.a.w.