Ulum Ihsanoleh Tech Kampung

Untuk anak-anak yang tinggal di blok sewa HDB di Singapura

Semua pelajaran

Tahap 5 · Sirah · 5

Perang Uhud

Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.

Peperangan ini berlaku pada tahun ketiga Hijrah, dalam bulan Syawal, di kaki sebuah bukit bernama Uhud, tidak jauh dari Madinah. Tentera Islam berjumlah 700 orang, manakala tentera musyrikin berjumlah 3,000 orang.

Nabi Muhammad s.a.w. memerintahkan 50 orang tentera pemanah supaya berkawal di atas bukit dan membantu tentera di bawah. Baginda juga meminta mereka supaya tidak meninggalkan tempat kawalan mereka sehingga mendapat arahan daripada baginda.

Pada mulanya tentera Islam menang dan tentera Quraisy melarikan diri dengan meninggalkan barang-barang dan senjata mereka.

Seramai 30 orang tentera musyrikin terbunuh, dan tentera Islam mula mengambil senjata yang ditinggalkan oleh musuh. Tentera Islam yang berada di atas bukit melihat perkara ini lalu turun kerana tamak, walaupun mereka telah dilarang berbuat demikian. Tentera Quraisy yang diketuai oleh Khalid Al-Walid, sebelum beliau memeluk Islam, mengambil peluang itu lalu menguasai puncak bukit. Mereka membunuh ramai orang Islam dari atas bukit itu.

Maka bermulalah satu lagi pertempuran yang menyebabkan tentera Islam kalah. Seramai 70 orang tentera Islam gugur syahid, termasuk Saidina Hamzah r.a.

Daripada: Asas Agama Islam: Akhlak & Sirah 5 · Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri