Tahap 5 · Akhlak · 8
Jauhi perbuatan keji
Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.
Allah s.w.t. melarang kita melakukan perbuatan yang keji.
Sebagai orang Islam, kita mesti menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan ini:
- Minum arak dan mengambil dadah
- Berjudi
- Menilik nasib
- Menyembah berhala
Minum arak dan mengambil dadah akan merosakkan akal dan kesihatan kita. Dadah juga menyebabkan seseorang berkhayal.
Merokok juga boleh merosakkan kesihatan dan membazirkan wang kita.