Ulum Ihsanoleh Tech Kampung

Untuk anak-anak yang tinggal di blok sewa HDB di Singapura

Semua pelajaran

Tahap 5 · Akhlak · 2

Amanah

Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.

Amanah bermaksud jujur dan ikhlas.

Bersifat amanah ialah sifat yang sangat mulia.

Orang Islam mesti bersifat amanah.

Contohnya, jika kamu meminjam sesuatu, kamu mesti menjaganya dengan baik dan berhati-hati.

Jika kamu disuruh melakukan sesuatu, kamu mesti melakukannya dengan sebaik-baiknya. Inilah yang dikatakan amanah.

Akal, tubuh badan dan harta benda kamu ialah amanah daripada Allah Taala. Kamu mesti menjaganya dengan baik.

Orang yang amanah akan selamat, manakala orang yang khianat tidak akan selamat.

Daripada: Asas Agama Islam: Akhlak & Sirah 5 · Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri