Ulum Ihsanoleh Tech Kampung

Untuk anak-anak yang tinggal di blok sewa HDB di Singapura

Semua pelajaran

Tahap 4 · Tauhid · 18

Beriman kepada Kitab-kitab Allah

Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.

Kitab-kitab Allah ialah himpunan ajaran yang diturunkan oleh Allah.

Ajaran-ajaran ini dinamakan wahyu. Semua wahyu itu kemudiannya dihimpunkan menjadi kitab-kitab Allah.

Ada empat kitab yang wajib kita percayai:

  • Taurat, kitab yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s.
  • Zabur, kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud a.s.
  • Injil, kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s.
  • Al-Quran, kitab yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu, kitab Taurat, Zabur dan Injil tidak lagi kekal dalam keadaan asalnya. Hanya Al-Quran yang masih suci dan akan dipelihara oleh Allah hingga Hari Kiamat. Kita wajib mengamalkan ajaran Al-Quran.

Daripada: Asas Agama Islam: Tauhid & Fiqh 4 · Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri