Ulum Ihsanoleh Tech Kampung

Untuk anak-anak yang tinggal di blok sewa HDB di Singapura

Semua pelajaran

Tahap 4 · Sirah · 4

Nabi Muhammad s.a.w. Berhijrah ke Madinah

Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.

Di Madinah, sudah ramai orang Islam. Nabi Muhammad s.a.w. mengizinkan orang Islam di Mekah berhijrah ke Madinah. Nabi Muhammad s.a.w. sendiri merancang untuk berpindah ke Madinah, tetapi Baginda menunggu izin daripada Allah Taala.

Apabila orang Quraisy mengetahui rancangan Nabi Muhammad s.a.w., mereka berpakat untuk membunuh Baginda. Mereka menyuruh beberapa orang pemuda yang bersenjatakan pedang mengepung rumah Baginda. Namun, Nabi Muhammad s.a.w. berjaya keluar dari rumahnya ketika semua pemuda itu tertidur.

Nabi Muhammad s.a.w. telah berjanji dengan sahabat karibnya, Saidina Abu Bakar, untuk berhijrah bersama-sama. Mereka bertemu dalam perjalanan dan bersembunyi di sebuah gua bernama Gua Thur.

Orang Quraisy cuba mencari Baginda tetapi Allah Taala telah melindungi Baginda. Orang-orang Quraisy itu tidak dapat menemui Nabi Muhammad s.a.w.

Daripada: Asas Agama Islam: Akhlak & Sirah 4 · Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri