Ulum Ihsanoleh Tech Kampung

Untuk anak-anak yang tinggal di blok sewa HDB di Singapura

Semua pelajaran

Tahap 3 · Tauhid · 8

Allah Maha Berkuasa

Teks Melayu ini masih draf, menunggu semakan ustaz.

SApakah maksud “Allah Maha Berkuasa”?

JMaksudnya, Allah berkuasa atas segala sesuatu.

SApakah bukti bahawa Allah Maha Berkuasa?

JPenciptaan alam ini menjadi bukti bahawa Allah Maha Berkuasa. Langit, bumi, bulan, matahari, manusia dan haiwan semuanya ciptaan Allah. Semua ini menunjukkan betapa berkuasanya Allah.

SMengapakah Allah Maha Berkuasa?

JJika Allah tidak Maha Berkuasa, tentu alam ini tidak akan wujud.

SAdakah manusia berkuasa atas segala-galanya?

JTidak, setiap perbuatan manusia hanya dapat berlaku dengan izin Allah Taala.

Daripada: Asas Agama Islam: Tauhid & Fiqh 3 · Abdillah Bin Ahmad Al-Jufri